14 Oktober 2011

DUGAAN =_='

Erm. xtau nak cakap macam mana tapi dalam diri ini ada sesuatu nak katakan bahawasanya hari ini sangat KEBOSANAN. Macam-macam perasaan sedang bergelumang dalam diri nie. Nak kata sedih? entah laaa. Nak kata happy? pun entah laaa. Tapi rasanya dalam hati nie rasa macam nak marah je? huhuhu. Pape pun hanya ALLAH je yang tahu tentang perasaan dan isi hati aku macam mana.

Erm. Kadang-kadang rasa hidup nie macam xadil je. Segalanya hanya sementara. Apa yang aku rasa semuanya adalah sementara. Bila time happy, ALLAH berikan kegembiraan sepuasnya hingga lupakan segala masalah. Dan bila time sedih, ALLAH berikan tangisan sepuasnya hingga ianya menjadi kenangan atau peringatan. Tiada apa yang dapat merubah kerana ALLAH menguji setiap manusia yang hidup diatas dunia ini. Ujian itu ada  kategori BESAR dan KECIL. Setiap manusia mendapat ujian yang berlainan dariNYA. ALLAH menguji tahap kesabaran seseorang itu untuk menempuh dugaan yang diberikan olehNYA.

Oleh itu, segala ujian yang diberikan olehNYA kita kena redha dengan segalanya. Apa yang berlaku ke atas hidup kita ni, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin sekarang kita mendapat kesedihan dan akan datang mendapat kebahagiaan. Insyaallah. AMIN. ALLAH mahukan yang terbaik untuk setiap insan. Moga hidup ini diberkati olehNYA. :)




13 Oktober 2011

MUSH onlineshoppe: Sabun Herba Spa

MUSH onlineshoppe: Sabun Herba Spa: Harga - [RM12] Mengharumkan bau badan, menghaluskan kulit, Menghilangkan daki-daki pada badan dengan segera & senang. Kandungan : miny...

11 Oktober 2011

"Barang yang Dikehendaki"

Assalamualaikum..

Ok hari nak story sikit pasal "Barang yang Dikehendaki". Mesti nak tahu kan ape barangnya? Hah! barangnya adalah "SABUN DEVIANA". Barang yang aku tempah melalui online pada minggu lepas dan dipos oleh pihak berkenaan. Hari ini, barangnya telah sampai di tangan ku. Heee.

Ok, kisah sabun nie bermula dari aku melihat blognya di http://mushonline.blogspot.com/. Mula-mula saja je nak usha-usha product mereka. Tapi bila da lihat semua productnya aku jadi b'minat pula dan terus membeli salah satu daripada product mereka pada hari tu juga. Advanced kan? Tak ku sangka. Huhu. Dan apa lagi, aku terus la klik borang utk ditempah dan pada lusanya dapat maklum balas dari mereka melalui email. Bila da dpt tahu jumlah yg perlu di bank in terus aku maybank 2u kpd tersebut. hehehe. Hari ini, aku telah terima barangnya. Semalam sis pos, hari ni da dapat. Sebelum nak dpt, perasaan ku x menyabar sungguh. Gelojoh betul aku ni kan? hahaha. Semoga sabun Deviana ini sesuai untukku dan ada perubahan. AMIN. 


SABUN DEVIANA

Lebih lanjut anda boleh lawati di http://mushonline.blogspot.com/. Banyak product tuan/puan boleh tahu mengenainya. Sekian, terima kasih.