14 Oktober 2011

DUGAAN =_='

Erm. xtau nak cakap macam mana tapi dalam diri ini ada sesuatu nak katakan bahawasanya hari ini sangat KEBOSANAN. Macam-macam perasaan sedang bergelumang dalam diri nie. Nak kata sedih? entah laaa. Nak kata happy? pun entah laaa. Tapi rasanya dalam hati nie rasa macam nak marah je? huhuhu. Pape pun hanya ALLAH je yang tahu tentang perasaan dan isi hati aku macam mana.

Erm. Kadang-kadang rasa hidup nie macam xadil je. Segalanya hanya sementara. Apa yang aku rasa semuanya adalah sementara. Bila time happy, ALLAH berikan kegembiraan sepuasnya hingga lupakan segala masalah. Dan bila time sedih, ALLAH berikan tangisan sepuasnya hingga ianya menjadi kenangan atau peringatan. Tiada apa yang dapat merubah kerana ALLAH menguji setiap manusia yang hidup diatas dunia ini. Ujian itu ada  kategori BESAR dan KECIL. Setiap manusia mendapat ujian yang berlainan dariNYA. ALLAH menguji tahap kesabaran seseorang itu untuk menempuh dugaan yang diberikan olehNYA.

Oleh itu, segala ujian yang diberikan olehNYA kita kena redha dengan segalanya. Apa yang berlaku ke atas hidup kita ni, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin sekarang kita mendapat kesedihan dan akan datang mendapat kebahagiaan. Insyaallah. AMIN. ALLAH mahukan yang terbaik untuk setiap insan. Moga hidup ini diberkati olehNYA. :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan